Fiqo' Naim Al-Mujahid

Tinta Jeritan Hati...

Episod 12
SEMESTER pertama dalam tahun pertama berlalu bagaikan dalam tempoh yang begitu singkat. Hamizan masih menghitung tiap-tiap waktu dan ruang yang dipersia ketika masih bergelar pelajar semester pertama. Keluh keluar spontan dari mulutnya. Membicarakan sesal yang terkumpul di hatinya. Terlalu banyak ruang dibiarkan bersisa tidak diisi dengan sewajarnya.

Tingkap biliknya dibiarkan terbuka. Membiarkan angina-angin petang menerobos masuk lalu menampar-nampar wajahnya. Berkulit kuning langsat, hamper-hampir tiada cacat cela pada wajahnya. Seringkali juga diusik beberapa wanita yang sebaya malah yang lebih tua daripadanya. Pakej wajahnya menyebabkan dia suka berdiam, menyebabkan status sosialnya begitu tidak menonjol di universiti swasta itu. Lantaran sikap dingin yang diada-adakan itu, seringkali sahaja dia menerima tohmahan sombong daripada pelajar yang tidak mendalami personalitinya. Keluh keluar lagi.

Hamizan mengamati jadual semester kedua yang terpampang di dada komputer ribanya. Vaio, megah namanya membuatkan sesiapa sahaja kagum untuk memilikinya. Keyboard berwarna putih itu ditekannya cermat. Suatu kualiti sikap yang dibawanya ke mana-mana pun. Walaupun seringkali juga dirinya tidak teratur kerana kesibukan menguruskan pelbagai aktiviti, namun Hamizan sangat terkenal dengan kekemasannya.

“Lan, semester ni nak relaks tarik apa-apa subjek? Add and Drop period habis minggu depan kan?”

Adzlan khusyuk memandang skrin laptopnya. Kedengaran bunyi dentuman beberapa kali dari corong speaker. Sesekali terdengar dialog yang kedengaran begitu serius perbincangannya. Soalan Hamizan tidak bersambut.

“Hmm.. Smallville lah tu,”

Hamizan membiarkan. Soalannya langsung tidak diulang. Matanya kembali menyoroti skrin komputer. Kaca matanya dinaikkan sedikit. Kembali fokus pada penyusunan jadual.

Suasana petang itu redup sahaja. Awan yang putih kini berkepul-kepul dan menjadi semakin gelap. Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Mungkin disebabkan musim, tanah Tronoh itu sering sahaja basah dengan limpahan air hujan setiap petang. Aktiviti sukan kebanyakannya terbantut, tetapi masih ada juga yang ingin menempah demam dengan bersukan ketika hujan lebat menerpa lantai bumi. Udara yang masuk semakin nyaman. Hamizan tersenyum sendiri. Tiba-tiba sahaja sesuatu menerpa kotak mindanya.

“As-sa-la-mu-a-laikum!,” Hazim memasuki bilik tanpa mengetuk pintu. Hamizan tersentak. Adzlan tidak menunjukkan apa-apa respon seakan-akan sudah terbiasa dengan gelagak Hazim yang sedemikian.

“Sheikh, apa hal senyum sorang-sorang?”

Cepat sahaja Hazim menghidu sikap luar normal Hamizan sebentar tadi.

“Kalau ye pun, ketuklah pintu, ni main serbu je. Hang ingat ni bilik penjenayah and hang tu CIA ke?”

“Lorh, kalau aku CIA takde maknenye aku nak bagi salam. Serbu je terus,”

“A’ah kan…betul jugak,”

“Hamizan, result hang macam mana? Mesti gempak kan?”

“Ha… tu memang la hang. Datang bilik orang nak sibuk pasal result. Setiap semester baru pun macam tu,”

Adzlan secara tiba-tiba menyusup masuk dalam perbualan. Sentap. Hamizan tersengih. Kalau diikutkan memang benar sangatlah kenyataan roommantenya itu. Seperti yang dijangkakan, tiada orang lain yang akan menjadi pengunjung pertama setiap permulaan semester baru setiap tahun, atau sekurang-kurangnya setelah masuk tahun yang kedua berada di universiti itu. Hazim tersengih sambil menaikkan kening double jerk.

“Hah. Ni lagi sorang. Aku ingat dah melayang ke mana entah. Sibuk dok ngadap laptop dia ja. Tengok apa tadi lan?”

“Tengok laptop la. Hang Nampak aku tengah menghayati Statue of Liberty ke?”

“Amboi. Perli Nampak. Takde lah. Smallville ke? Dah season berapa?”

“Season 9.. aku tension la. Bila Clark nak pandai terbang ni? Kata Superman,”

“Haha.. ambil serius sangat la pulak. Tu cerita je lah Lan..”

“At least aku ada benda lain nak buat selain masuk bilik orang tak ketuk pintu dan tanya soalan yang orang tak berapa gemar nak jawab,”

Sentap. Kata-kata akhir Adzlan sebelum meninggalkan bilik dalam keadaan bertuala mengakhiri idea Hazim. Terdiam dengan perlian. Tetapi langsung tidak makan dalam.

“Haha.. ambik hang sebijik. Kacau lagi orang takda mood.”

“Aik.. aku pulak..”

“Ye lah. Hang pun satu, masuk tak ketuk pintu then tanya soalan pelik-pelik. Tunggulah masa-masa kita kumpul waktu malam ke. Sibuk sangatlah tu nak jadi orang pertama tahu. Sejak bila hang jadi pengganti Fiqo ni? Bukan kerja kumpul berita sensasi tu kerja dia ke?”

Hazim sekadar tersenyum. Hamizan juga tidak merancang untuk mendengar jawapan balas daripada Hazim. Matanya kembali fokus pada skrin komputer. Menyusun jadual harian belajarnya sebagai pelajar Kejuruteraan Kimia Semester Kedua tahun pertama. Hazim ikut memerhati. Suasana bilik sunyi sejenak.

“Eh, Hazim! Cakap pasal Fiqo’, dia macam mana? Cuti hari tu dia balik Sabah tak?”

Ep. 13
                SEMESTER baru menandakan setapak lagi usia berganjak ke hadapan. Setiap pelajar masing-masing sibuk menyusun atur jadual. Minggu ‘add and drop’ seperti biasa bermula pada seminggu awal pada pembukaan setiap semester baharu. Subjek-subjek pilihan dan wajib perlu disusun atur mengikut prioriti dan availability. Bagi pelajar yang gagal dalam semester sebelumnya, menjadi suatu penyeksaan ulangan untuk mengambil subjek yang sama sehingga lulus sebagai syarat graduasi. Bagi pelajar yang berada di tahun akhir, tidak kurang pula yang terpaksa mengambil peperiksaan remedial sebagai lorong tambah menuju ke graduasi.
                Dalam kesibukan pelajar lain berkira-kira bajet untuk buku dan persediaan di semester baharu, tidak kurang pula dengan mereka yang mula mengosongkan almari pakaian di dalam asrama untuk digantikan dengan yang baru,lebih-lebih lagi semester kali ini bermula serentak dengan waktu duit elaun masing-masing masuk, Fiqo merenung jauh ke langit biru. Cerah sahaja. Tiada cela hitam pada awan yang berkepul yang seakan-akan sedang berarak di atasnya kini. Lama hembusan angin pagi Tawau itu tidak dihirupnya, malah angin yang berhembus ke wajahnya juga sudah begitu lama tidak dirasa.. Ahhh.. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tidak kira sejauh mana pun istimewanya negeri Perak itu dibandingkan dengan daerah kelahirannya, Tawau juga yang terbaik, fikirnya sendiri.

                Fiqo duduk santai di hadapan rumah. Duduk bersila di atas kerusi kayu yang dibuat oleh ayahnya sendiri. Tenang sahaja kampung halamannya hari itu. Maklum sahaja kebanyakan jirannya sedang sibuk dengan aktiviti harian dan anak-anak mereka sudah berangkat ke sekolah. Kalau tidak, pasti akan ada sahaja gelagat mencuit hati berlegar-legar di atas jambatan yang menyambungkan semua rumah yang berada di lorong jambatan itu, yang majoriti berada di atas laut. Kampungnya terletak di pesisir laut. Tidak sampai pula pada label pesisir pantai memandangkan tiada kelibat pasir walau pun sedikit. Kebanyakan penduduknya pula bekerja sebagai nelayan. Hampir kesemuanya mempunyai perahu masing-masing. Saiz perahu juga boleh tahan muatnya. Masakan tidak boleh bertahan di laut sehingga sebulan, hampir segala keperluan ada di atas perahu yang seolah-olah mini kapal laut.

                “Taufik, sini kejap,” Puan Jubiah memanggil halus. Lama benar suara itu dirinduinya. Seringkali sahaja berbual melalui telefon, tetapi jauh sekali bezanya apabila berhadapan.

                “Kejap mak,”

                Fiqo duduk bersila di tepi ibunya. Puan Jubiah menghulurkan pisang goreng. Riak wajah Fiqo’ berubah. Gembira tidak terkata melihat makanan kegemarannya dihidang. Ditambah lagi sambal manis buatan ibunya, sentiasa yang terbaik!

                “Fiqo’, kamu nda rasa mau balik sana?” Pekat dialek Tawau itulah yang paling dirinduinya.

                “Nda tau la mak. Macam teda rezeki ja tu di sana. Tau ja la kan tempat orang,” senyum masih melekat di bibir. Lantaran pisang goreng dan sambal yang begitu enak, dan kebiasaannya untuk senyum apabila berhadapan dengan orang tuanya.

                “Hmm.. mana-mana la nak. Mak pun ikut ja mana yang kamu rasa bagus. Jadi mau sambung ke mana lepas ni?”

                “Nda tau la. Ni pun kena bincang dengan pihak MARA lagi. Harap-harap diorang faham keadaan saya.

                “Baru setahun kan sana? Mak pun ikut ja. Lagi pun mak risau kalau benda tu jadi lagi.”

                Fiqo’ tidak segera membalas. Kejadian yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri selama hampir sebulan sebelum ini sukar dipadam daripada kotak fikiran. Sepatutnya pada kadar keracunan sepertinya, untuk kes normal sewajarnya tidaklah sehingga tidak sedarkan diri pada tempoh yang begitu panjang, tetapi untuk dirinya yang mempunyai ketahanan tubuh yang begitu rendah, mudah sahaja racun itu menguasai system tubuh. Mujur sempat sedarkan diri ketika peperiksaan akhir tinggal 2 minggu sahaja lagi. Dengus halus keluar dari mulut. Seakan-akan sesal pada sesuatu.

                “HMm… entahlah mak. Biar pun setahun ja sana, tapi macam rindu jugak. Tapi itulah, macam mak cakap, saya nda mau orang lain risau.” Pisang goreng dikunyah perlahan-lahan. Satu demi satu kenangan sebagai pelajar asasi sehingga pelajar tahun pertama ijazah sarjana muda terimbas di kotak fikiran. Sesekali dia tersenyum, adakalanya pula senyum itu luntur dengan sendirinya. Namun, setelah sujud beristikharah, hatinya bulat untuk meninggalkan seketika jalan menuju cita-citanya.

                “Mak lebih perlukan saya di rumah ni. Nda pa la. Nanti ada rezeki saya sambung balik la belajar. Sekarang ni niat saya mau lebih banyak bantu mak di rumah. Ada panggilan baru nanti saya sambunglah,” Fiqo’ sengaja membaurkan nada riang dalam kata-katanya. Sekadar menjadi kata pujuk pada ibunya yang mula gusar pada nasib anaknya. Kelopak mata Puan Jubiah mula berair. Fiqo’ yang menyedari keadaan itu memeluk ibunya. Puan Jubiah membiarkan sahaja.

                “Ala mak. Hak kita berusaha, hak Allah untuk beri rezeki. Ada hikmah pada tiap kejadian….”

                “Oh..lupa pulak mak. Sepupu kamu mau daftar masuk sana kan?”

                “Sepupu? Oh.. aik? Kenapa lambat tu mak? Bukan kami sama  ka umur?”

                “Nda pastilah Fiqo. Adik mak pun tak cerita sangat.”

Pisang goreng yang terhidang kini tinggal beberapa keping sahaja lagi, Matahari mula memacak. Sinarnya kini tembus ke pangkin rumah.

“Pisang ada lagi mak?”

“Belum digoreng. Nanti sekejap mak naik buat,”

“Eh, nda payahlah mak. Biar saya buat,”

Puan Jubiah tersenyum sahaja. Fiqo adalah satu-satunya anak lelaki di rumah itu yang gemar benar berada di dapur. Mungkin kerana terlalu banyak bergaul dengannya semenjak kecil, hampir setiap sikap Puan Jubiah ada pada dirinya. Dari sikap suka berleter, sehinggalah kemahiran menjahit. Seolah-olah Fiqo bagaikan seorang anak perempuan di rumah itu.


                “APA???” Sejak bila pulak?” bagaikan nak runtuh hostel v1 dengan suara Izzati. Khadijah sedikit terkejut. Bingit suara roommatenya itu menusuk ke gegendang telinga. Kedengaran hampir setiap pintu bilik di koridor aras blik mereka terbuka. Tidak perlu meneka, itu pasti pelajar-pelajar lain yang turut terkejut dengan jeritan Izzati.

                “Takkanlah sampai macam tu sekali awak terkejut Hawa. Entah apa yang pelik saya pun tak tahu,” Khadijah meletakkan beg sandang di atas meja. Komputer riba di atas meja terbiar terbuka semenjak mereka meninggalkan bilik pagi itu. Izzati pulang awal kerana berasa tertekan dengan jadual hari itu. Bukannya kerana terlalu penuh dengan kelas, tetapi kerana hari itu hari Isnin. Buku “Don’t Work On Monday” yang baru sahaja selesai dibacanya benar-benar memberi kesan mendalam pada dirinya. Tetapi sayang, diambilnya iktibar buku itu secara salah.

                “Tu tak bunyik macam abg aku lah. Tak percayalah aku,” Izzati masih belum mampu menelan kenyataan Khadijah sebentar tadi. Untuk membuat abgnya melakukan perkara sedemikian bukan sesuatu yang mudah. Bagai menggerakkan Gunung Kinabalu ke Cameron Highland!

                “Betullah. Awak ni pun. Kan abg Hawa tu buat benda yang baik. Saya pelik awak asyik kata yang buruk je pasal abg awak. Rasanya dia okey je bagi saya,”

                “Awak kenal dia baru berapa lama KD. Aku ni membesar dengan dia. Tau la aku dia macamna,”
                “Abg awak memang tak pernah solat ke?”

Soalan itu mematikan mood. Izzati yang tadi tersenyum sinis bertukar air muka. Tiba-tiba sahaja perbualan itu bernoktah.

Episod 14
BUTANG SHUT DOWN ditekan. Laptop Vaio berwarna putih itu kini akhirnya menemui waktu untuk berehat. Setelah sepanjang malam bertungkus-lumus menyiapkan poster dan montaj untuk projek Tronoh Theatre Shop (TTS) yang seterusnya, akhirnya Hamizan memutuskan untuk berhenti sejenak. Memberi ruang untuk dirinya dan laptop tersayang miliknya untuk berehat. Jam loceng kecil berwarna putih miliknya menunjukkan waktu sudah beranjak ke tengah malam. Waktu yang sangat molek untuk bermunajat.

Adzlan masih belum pulang. Semenjak selepas maghrib lagi rommatenya itu menghilangkan diri. Pada hemat Hamizan, Lukman dan Hazim sudah pun dibuai mimpi setelah melihat bilik di hadapan biliknya itu sunyi dan gelap sahaja. Sesuatu yang tidak menghairankan memandangkan sememangnya kedua-dua rakannya itu seringkali memilih untuk tidur pada waktu yang lebih awal.

Hamizan merebahkan dirinya ke atas katil. Bunyi cengkerik di luar tingkapnya begitu jelas. Sayang sekali bunyi terganggu dek bingit muzik daripada bilik foreigner student yang pasti akan menjadi aktif pada waktu malam. Hamizan sedikit terganggu tetapi sikap cool dan bersahaja yang sudah lama dipraktiknya membuatkan tidak ada satu pun anggota badannya yang mahu bergerak untuk memberi reaksi. Hamizan memandang siling. Sawang mula muncul di satu dua sudut. Sudah tiba masanya untuk dibersihkan, fikirnya.

Malam itu UTP terasa tenang. Mungkin kerana waktu itu sudah beranjak ke tengah malam dan ramai penghuni institut pengajian itu sudah beralih kea lam mimpi masing-masing. Hamizan duduk. Fikirannya sedikit relaks setelah meletakkan begitu banyak usaha ke atas projek TTSnya. Angin malam menerobos masuk. Menampar lembut wajahnya yang tiada cela jerawat. Hamizan tersenyum sendiri, tiba-tiba.

“Kalau sekarang Fiqo ada pasti ada mesej kat hp aku skrg ajak keluar makan…”

Dan tiba-tiba sahaja nada dering mesej telefon bimbit nokia 5800 itu berirama.

Nak makan?

Sender : Fiqo

Hamizan tersenyum. Sememangnya Fiqo seringkali tidur lewat apatah lagi pada hari Sabtu. Hamizan tidak terkejut pada waktu mesej itu diterimanya.

Haha… hang nak aku ambik hang kat Sabah ke? Ape khbar da skrg?

Mesej berbalas.

Adeh.. biasa ja aku kat sini. Tolong mak aku sikit.

Nape x masuk balik? Rugi la… nak explen dengan MARA lagi nanti mcmna?

Yang tu lain kali je la aku cerita. Sibuk ke skrg?

Perbualan melalui sms itu berlarutan sehingga Fiqo meminta izin untuk tidur. Tidak satu pun soalan berkaitan keputusan Fiqo menarik diri daripada UTP yang berjawab. Berkali-kali juga Hamizan mencuba untuk mendapatkan jawapan yang jelas namun semua dielak kemas oleh Fiqo. Setiap soalan diubah ke topik lain.

Mesej berdering lagi. 

Salam. Awak, sok free ke?

Sender : Izzati.

Hamizan tergamam. Kaku melingkar ke segenap sisi urat saraf dan tiap-tiap otot yang ada di tubuhnya. Akhir-akhir ini Izzati mula berbaik-baik dan mula rapat dengannya. Bukanlah menjadi suatu resmi bagi dirinya untuk merapati mana-mana lelaki begitu sahaja, tetapi untuk sesuatu sebab yang Hamizan sendiri tidak pasti, Hamizan berasa senang dengan hubungan ini. Mungkin ada sedetik perasaan yang tersimpan, tetapi Hamizan tidak pernah menaruh harapan.

Apatah lagi Hamizan juga bukanlah seseorang yang mempunyai personaliti yang senang merapati mana-mana perempuan. Apatah lagi selepas peristiwa suatu ketika di sekolah menengah, mungkin kerana belum mampu memberi ruang pada komitmen untuk dirnya. Tambahan lagi suasana dan didikan sama ada secara langsung atau pun secara tidak langsung daripada rakan-rakan baharu di UTP, menjadikan dirinya lebih kuat untuk berkata tidak pada sekelumit rasa di hatinya. Tetapi untuk Izzati, entah mengapa, sukar untuk ditepis.

Wkslm. Esk kan ade kelas?

Haha… lucu la awak ni. Maksud saya waktu lunch. Kan ada gap?- izzati

Oooo.. tak buat apa pun. Duk kat Paprika je kot tunggu kelas. Nape?

Nak makan dengan awak boleh? Ala.. abg saya pun ada sekali. Boleh kenal. – izzati

Sekali lagi Hamizan tergamam. Antara pelik dan teruja, Hamizan gagal mentafsirkan perasaannya sendiri. Pelik pada ajakan Izzati dan teruja pada waktu yang sama. Punat butang telefon bimbit berskrin sesentuh itu juga seakan-akan gementar. Beberapa kali juga ejaan bertemu error.

Boleh kot.

“Ok dah.. I dah ajak dia. So, sekarang siapa yang hutang I spaghetti?”

Wajah Izzati menunjukkan kepuasan yang amat. Lia, Zuhaira dan Efi memberi respon tidak percaya.

“O.M.G he bought it? Really?” Zuhaira masih tidak percaya. Izzati mengangguk puas. Cabaran diterima 

dan diselesaikan dengan jayanya.

“Haha.. I ni Izzati la. Mana ada lelaki yang lepas dari genggaman I,”

So you’re really going to have lunch with him?” Kali ini Efi pula memberi persoalan. Pada fikirannya, Izzati yang dikenalinya tidak begitu mudah untuk duduk semeja dengan sebarang lelaki. Apatah lagi yang bukan tastenya.

“Oh…please.. its just for our bet.. and Ive win it!! Haha.. So Lia, you owe me a full plate of spaghetti..”

You’re such a slut, you know that?” Efi memberi komen, tetapi kedengaran bagaikan pujian.

Oh, now you’re embarrassing me….” Izzati berbuat-buat malu seakan-akan baru sahaja menerima pujian.

Kafe V5 itu bingit dengan hilai ketawa mereka. Izzati tergelak puas. Efi,Lia dan Zuhaira sememangnya tidak pernah meragui kehebatan Izzati dalam mempermainkan lelaki. Umpama sememangnya Izzati dilahirkan untuk mempermainkan lelaki.

Now you see me…. And tomorrow you don’t…’ Izzati bermonolog sendiri.


0 comments:

Followers

Jeritan Hati

Dalam kesamaran mencari tinta iman yang semakin hilang,
terdampar aku dek pukulan ombak kekeliruan..
Oh..semakin aku melawan, semakin aku ditimpa kekalahan..
Semakin aku mengalah, semakin kuat jiwaku menyerang..

Blog Archive

Labels

Blog Archive