Fiqo' Naim Al-Mujahid

Tinta Jeritan Hati...

Episod 10
Khadijah bergegas mendapatkan Izzati. Berita yang didengarnya sebentar tadi langsung tidak pernah diduga untuk singgah di gegendang telinganya. Belum pernah seumur hidupnya berlaku sesuatu sedemikian rupa. Sekurang-kurangnya dalam pengalaman hidupnya sebagai seorang pelajar. Apatah lagi di sebuah kampus yang ternama. Tidak terlintas di fikiran akan ada golongan elit yang berfikiran sempit.

Punat telefon bimbit Nokia N96 ditekan. Meraba-raba butang mencari nombor telefon roommatenya itu. Berkali-kali tidak bersambut. Khadijah sedikit panik. Dia sendiri pelik mengapa tetapi pada pundaknya sekarang hanya mahu ke hospital Batu Gajah dengan segera. Dicubanya lagi.

Dan kali ini menjadi.

“Yo babe… ape hal kol aku?”

“Assalamualaikum, Hawa. Awak sibuk tak sekarang?”

“Emh.. not really. Im currently checking out my e-mails and facebook comments. Where are you babe?”

“Awak, hantar saya ke hospital Batu Gajah kejap, boleh?”

Soalan tidak berjawab. Izzati sekadar membiarkan. Dia sendiri tidak berharap pada jawapan. Sekadar berlagak mesra.

“Awak sakit ke?” 

Izzati berhenti meletakkan fokus pada emel dan facebook. Tercalit sedikit gusar pada hatinya. Sukar untuk hati kasarnya mengakui, tetapi ia terkesan pada kebaikan Khadijah padanya. Mungkin inilah kali pertama, apabila hatinya benar-benar mengambil berat akan seseorang selain keluarganya.

 “Tak. Bukan. Saya..baru dapat tau pasal Fiqo’..”

“Ape pulak kaitan Fiqo’ dengan hospital? Dia kerja kat sana ke apa?”

“Emh.. Fiqo’ koma. Sekarang kat hospital Batu Gajah.. some sort of poisoned or something,

Terkedu lagi.

“Mana awak tau ni?”

“Iqbal,”

Nama itu lagi. Setiap kali nama itu singgah di gegendang telinga, serta-merta mood Izzati akan turun. Memandangkan dia baru sahaja mendapat hadiah daripada teman lelaki barunya, Izzati masih mampu bertahan.

“Awak, saya sibuklah. Esok-esok tak boleh ke?”

Talian tidak bersambut. Khadijah terkedu. Tiada apa-apa yang mampu dibicarakannya. Di fikirannya terbayang akan wajah Fiqo’ yang sedang terbaring koma. Namun segera istighfar bermain di lidahnya.
“Khadijah, apa awak buat bayangkan wajah lelaki ni?” Khadijah memberitahu dirinya. Izzati di hujung talian pula menanti suara balas.

“Khadijah, ko okey ke?”

“Emh, awak betul-betul tak dapat hantar saya ke? Kejap je pun. Menunaikan hak saudara itu bukankah satu kewajipan untuk kita?”

“Err.. bukan dia ada sahabat lelaki ke? Bukan melawat dan menunaikan hak dia sekarang berada pada tanggungjawab rakan-rakan lelaki dia ke?”

Khadijah tersentak. Walaupun sedar akan niat Izzati yang sekadar memberi alasan, namun hujah yang diberinya berasas. Lidahnya kelu mengatur kata. Tiada hujah balas untuk lontaran Izzati kali ini. Khadijah tunduk di hujung talian. Malu.

“Khadijah, are you still there?

Talian tidak bersambut. Khadijah masih berdiam. Di luar sedar, kelopak matanya mula menakung cairan bening hangat. Wajahnya merona merah, terasa bagaikan terdedah dengan bara api. Perlahan-lahan, air matanya jatuh menyusuri pipi. Berkali-kali namanya diseru Izzati namun tidak bersahut. Punat telefon berwarna merah ditekan. Sesi berbual tamat.

“Astargfirullah.. apa yang ana fikir ni? Ana tak patut membiarkan perasaan mendahului akal dalam membuat keputusan. Ana patut berfikir secara dalam. Kalau ana pergi sana, entah fitnah yang bagaimana terpaksa ana hadapi nanti,” Khadijah bermonolog sendiri. Langkahnya kini tiba di muka pintu bilik. Lengang sahaja koridor hostel petang itu. Bagaikan tiada penghuni.

Pintu bilik dibuka depan sebuah pulasan pada tombol. Umpama satu lagi dimensi lain, bilik Khadijah sentiasa kemas dan bersih. Walaupun sentiasa sibuk dan sentiasa berkejar ke sana sini, Khadijah tidak pernah membiarkan kesibukan mendahului sunnah dalam kebersihan. Apatah lagi mengetahui rakan sebiliknya sangat alah pada debu dan datang daripada keluarga berada dan berkedudukan, Khadijah berasa bertanggungjawab untuk memastikan segala-galanya bersih dan teratur. Bukanlah berharap pada pujian dan apresiasi daripada sesiapa, tetapi sekadar mendidik dirinya untuk lebih memandang ke bawah dan sentiasa merendah diri, agar riak dan bangga sukar memasuki hatinya.

Bilik yang penuh dengan warna kegemaran Rasulullah itu kelihatan tenang dan damai sahaja. Beberapa kalimah motivasi terlekat pada pintu cabinet pakaian Khadijah. Dibanding dengan bahagian bilik Izzati, kemas seperti milik Khadijah namun sedikit meriah dengan warna merah jambu. Khadijah memilih untuk kelihatan ringkas tetapi padat dengan keperluan rohani dan jasmani.

Tubuhnya direbahkan ke atas katil. Tudung dan pakaiannya masih menutupi tubuh. Lelah menguasai diri. Jam berbentuk hati di atas meja dijeling. Hanya setengah jam sahaja lagi menuju Asar. Ketika menelefon Izzati, pada pundaknya mungkin Izzati berada di bilik tetapi rupa-rupanya Khadijah silap. Bilik kosong sahaja ketika dia memasukinya. Fikirannya penuh dengan bermacam-macam rupa perkara. Matanya terasa berat minta direhatkan.

‘Hmm..mungkin lelap sekejap kot…’ fikirnya.

Langit bertukar mendung. Tidak lama selepas itu kepulan awan yang sarat dengan air mula menumpahkan isinya ke muka bumi. Suasana redup dan sangat menyelesakan sukar ditolak, apatah lagi pada tubuh Khadijah yang sudah sepanjang hari berjalan mengelilingi kampus. Tidak sampai lima minit, Khadijah dibuai dalam tidurnya.

Bersambung….

Episod 11
Sekian lama menanti, Izzati mula naik bosan. Panas mentari petang yang tidak seberapa itu tiba-tiba sahaja menyerap ke hampir segelap pelusuk sistem sarafnya. Izzati bukanlah jenis yang penyabar, malah paling tidak suka menunggu. Restoran Sabila yang terletak strategik antara dua universiti menjadi pilihan teman lelakinya untuk bertemu. Dengan penuh keterpaksaan langkahnya diangkat ke tempat itu. Dihadapannya kini komputer riba Acer Timeline Series yang bersebelahan dengan segelas fresh orange yang hampir-hampir kering.

Dalam suasana penuh tekanan itu Izzati sempat menoleh kea rah sebuah keluarga yang duduk betul-betul bersebelahan dengannya. Si ibu dengan berusaha memujuk anak perempuannya yang merajuk kerana dibiarkan tanpa perhatian. Di tangannya ada seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur. Dalam senyum wanita itu membelai-belai rambut anak perempuannya, sambil tangannya yang sebelah lagi memastikan bayinya tetap tidur lena tidak terjaga.

‘Macam kenal je situasi macam ni’ monolognya sendiri. Fikirannya kini menerawang membayangkan sesuatu yang berlaku 14 tahun lalu.

“Kakak, duduk baik-baik kat atas meja tu. Kejap lagi ayah sampai,” Puan Azura mengarah. Lembut sahaja intonasinya tetapi penuh ketegasan. Izzati tetap mencebik muka.

“Mama jahat. Ija nak duduk sebelah mama tapi mama tak bagi!” Izzati memandang adik lelakinya penuh geram. Di tangan Puan Azura sedang lena Izzat yang masih berusia 8 bulan. Puan Azura menggeleng kepala. Tangannya sudah mula terasa lenguh tetapi tetap ditahannya. Kelibat suaminya masih belum kelihatan di mana-mana.

“Kakak, kenapa macam ni? Adik kan tengah tidur ni..”

“Ija nak duduk sebelah mama…..” suaranya kali ini lebih manja. Memujuk.

“Kakak duduk sebelah papa ye sayang,”

“Tak nak!” Izzati membalas kasar. Tangannya memeluk tubuh. Masih mencebik.

Puan Azura menahan sabar. Personalitinya yang lembut dan sukar naik marah memudahkan dirinya menundukkan nafsu amarahnya. Izzati memandang Izzat penuh kebencian dan cemburu. Puan Azura menggeleng.

“Kakak, tak baik pandang adik macam tu,”

“Mama jahat. Adik rampas semuanya,” Izzati bertindak agresif. Suaranya naik beberapa oktah. Kali ini beberapa pelanggan lain di sekeliling mereka memandang. Ada yang tersenyum dan tidak kurang pula yang melontarkan pandangan menyampah. Puan Azura masih bersabar. Izzati masih belum berpuas hati. Kali ini lengan Puan Azura ditarik-tariknya. Cuba meleraikan Izzati daripada dukungan ibunya.

“Kakak, apa kakak buat ni?”

Izzati buat-buat tidak dengar. Tindakannya semakin agresif. Puan Azura berusaha sedaya-paya menenangkan anak perempuannya itu. Pada hematnya, rasa cemburu itu normal lantara belum biasa mempunyai adik selepas dirinya. Apatah lagi pada usia yang baru hendak menginjak 5 tahun. Baginya, Izzati masih muda.

Lamunan Puan Azura yang hanya sejenak memberi kean yang begitu dahsyat dalam sejarah hidupnya. Ketika kelibat suaminya kelihatan, fokusnya beralih sejenak. Tindakan agresif Izzati semakin menjadi-jadi. Lengan Puan Azura semakin goyah. Lalu…

“Kakak!!!”

Izzat terjatuh daripada dukungan. Lantai mozek berwarna kemerah-merahan menyambut Izzat. Darah yang memercik keluar daripada kepala kecil itu memenuhi lantai. Puan Azura tergamam. Suaminya yang baru sahaja tiba disambut dengan tragedi. Izzati kaku.

“Hai sayang..” satu suara menarik kembali Izzati ke alam nyata. Dia kembali melihat keluarga yang duduk bersebelahannya. Kanak-kanak perempuan itu kini tenang di pangkuan ayahnya. Beberapa titik cairan bening mengalir dari matanya. Epool yang melihat taburan cecair itu cuba menyingkirkannya daripada pipi Izzati. 
Ditepis.

“Takpe. Im okay. Pasir masuk mata I tadi,”

Epool bingung. Kehadirannya bagaikan tidak dialu-alukan. Suasana restoran itu tidak seperti hari-hari lain. Sunyi sahaja.

“Tak ramai orang hari ni kan..?” topic tumpuan cuba dialhkan. Izzati mengangguk. Dirinya juga bersetuju untuk melupakan tragedi masa silamnya. Sekurang-kurangnya untuk sebentar.

“Kenapa abang yang datang?”

“Tak suka abg datang ke?”

“BOLEH tak.. jangan jawab soalan dengan soalan?” Izzati menjeling. Lengan Epool dicubitnya. Geram.

“Ala. Takkan abang tak boleh nak tengok adik sendiri kot?”

“Eleh.. sejak bila ambil berat pasal orang ni?”

“Sejak abang jumpa kawan Ija la…”

“Hmmph.. dah agak dah. Abang kalau baik dengan orang, kalau bukan nak kiamat dah, pasti ada niat lain,”

Walaupun sedang bertikam lidah, Izzati gagal melarikan perhatiannya daripada keluarga yang duduk di sebelah mereka sekarang. Mereka kelihatan seronok bersama. Si kecil yang sedang lena sedang selesa dalam dukungan ibunya. Sebuah senyuman terukir di bibir kanak-kanak perempuan itu apabila mata mereka bertembung. Suatu perasaan yang sukar diungkap meresap ke hatinya. Tenang.

“Weh, abang tak jawab lagi soalan Ija. Hazlam mana?”

“Dia ade kerja sikit. Dia mintak abg wakilkan hari ni. Which means Im your date today… hehe..

“Ish.. mamat tu. Nak kena. Suka hati dia je nak cancel. Dahlah orang tunggu kat sini sikit punya lama…” 
Berang. Namun sejuk kembali ketika matanya bertembung pula dengan si ibu.

“Ija… bila nak kenalkan abg dengan kawan Ija tu?” Suara itu lagi. Suara gedik, terdesak nak cari teman wanita. Bagaikan seorang lelaki yang kesunyian ditinggalkan anak bini.

“EEeee.. abg ni macam takde kerja lain. Dia tu budak baik tau tak? Sekilas pandang pun takkan dia bagi tau tak?” kali ini fokusnya dikembalikan pada Epool. Setiap pandangan yang dilontarnya ke meja keluarga di sebelahnya mengukir satu luka di hatinya.

“Fine.. Ija nak abg buat apa? Nak abang pakai kopiah depan dia? Boleh.. no problem..” wajah Epool bersungguh-sungguh. Keterujuaan memenuhi salur darah di wajahnya. Kening lebat itu diangkat-angkat.

“Eeee… mulalah tu nak tunjuk miang dia…”

“Ala,..Ija tolong abg la.. Nanti abg tolong Ija pulak. By the way, whats her name again?

“Khadijah….” Izzati membalas dengan nada penuh keterpaksaan dan rasa meluat. Dalam kebanyakan perkara Izzati tidak pernah menidakkan permintaan abangnya, apatah lagi berkenaan matchmaking. Tetapi untuk Khadijah, ada pengecualian. Dia tidak boleh membiarkan Khadijah didekati abangnya.
Bersambung…..

0 comments:

Followers

Jeritan Hati

Dalam kesamaran mencari tinta iman yang semakin hilang,
terdampar aku dek pukulan ombak kekeliruan..
Oh..semakin aku melawan, semakin aku ditimpa kekalahan..
Semakin aku mengalah, semakin kuat jiwaku menyerang..

Blog Archive

Labels

Blog Archive