Fiqo' Naim Al-Mujahid

Tinta Jeritan Hati...


Lukman memandang jam tangannya. Hari itu sudah masuk hari yang ke-3 Fiqo tidak sedarkan diri selepas dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (I.C.U). Iqbal tidak datang hari ini kerana perlu kembali ke Kajang untuk bertemu keluarganya. Kelihatan di dalam wad tempat Fiqo ditempatkan, Hazim dan Hamizan sedang memerhatikan Fiqo yang tidak bergerak. Mulutnya terkatup dengan salur oksigen. Wajah Fiqo kelihatan tenang, umpama sedang tidur. Hazim dan Hamizan sekadar diam namun hati mereka penuh dengan gusar. 

“Agak-agak apa penyebab dia?”

“Penyebab apa?” Hazim kaget dengan persoalan Hamizan yang secara tiba-tiba. 

“Ni dah macam kes bunuh dengan niat. Aku risau kalau-kalau…”

“Kalau Iqbal yang rancang semua ni? Come on la Mizan. Hang ni jangan buat kesimpulan sesuka hati. Mungkin Iqbal tu nakal, tapi aku yakin dia tak sejahil tu,” Hazim segera mencelah sebelum Hamizan menyudahkan tuduhannya. 

“Tapi aku…”

“Tapi apa? Hamizan, kalau hang yakin sangat, hang buat report polis. Biar polis selesaikan. Tapi hang ada bukti kukuh untuk heret Iqbal dalam perkara ni? Perkara yang berlaku dalam bilik tu pun kita tak tahu, dan kalau isu ni isu bunuh diri bagaimana?” 

Senyap.

“Hang dua orang ni memang tak sopan. Tak nampak ka ada orang sakit kat depan mata hang? Cakap yang bukan-bukan. Nak tuduh ka, nak bincang ka, apa ka… lantak hang.. tapi tolong buat jauh sikit dari Fiqo. Mana adab korang?” Lukman tiba-tiba mencelah. Hazim dan Hamizan terkedu. Dek ikutkan perasaan, mereka tidak sedar mereka tidak menjaga adab di hadapan pesakit. Lukman berwajah serius. Hal itu jarang-jarang berlaku. 

Hazim melangkah keluar. Hamizan ingin berbuat yang sama tetapi Lukman menahannya. Lukman tidak lagi berwajah serius tetapi lebih kepada bersimpati. Sengaja dibiarnya Hazim keluar dahulu. Hazim yang seakan-akan faham tidak menunggu, dan terus meninggalkan bilik itu. 

“Hamizan, aku rasa hang kena lebih berhati-hati lepas ni,” 

Terkedu. 

“Aku dah siasat perkara ni, tp belum lagi secara details. Tapi dari situ, aku dapat tahu insiden ni suatu tragedi terancang,” Lukman bernada serius. Hamizan sekadar berdiam, menunggu Lukman menghabiskan kata-katanya.

“Aku dapat tahu punca keracunan ni adalah minuman yang sepatunya diserahkan pada kau,”

Hamizan diam. Setiap perkataan Lukman diusahakan untuk dicerna sebaiknya. 

“Bagi aku, ini bukan kes ringan lagi. Sudah macam kes bunuh bermotif. Sekarang ni kawan kita dalam bahaya dan aku takkan biarkan macam tu saja,”

“Ada suspek siapa2 tak setakat ni?” Akhirnya Hamizan bersuara. Hampir sahaja dia rebah saat mendengar ulasan Lukman. Siapakah yang tergamak merancang perkara sedemikian rupa?

“Aku tak pasti lagi. Tapi aku niat nak hadapkan perkara ni kepada pihak polis, biar diorang setelkan. Aku takut kalau aku silap tuduh, dan aku pulak jadi mangsa seterusnya. Tapi Mizan, aku ada satu benda nak dengan hang, harap hang jawab sejujur yang mungkin,”

Diam.

“Apa yang hang dah buat sampai ada yang dengki kat hang ke tahap ni?”

Tiada jawapan. Lukman sendiri tidak berharap pada jawapan cuma sekadar mahu Hamizan membuat refleksi pada masa silamnya. Benar. Itulah yang berlaku. Hamizan tergamam sebentar. Tiada ulas kata yang mampu dikeluarkan daripada lidahnya. Kaca mata berbingkai berwarna hitamnya dialihkan sebentar dari memagari dua biji matanya. Berair. Hampir sahaja air matanya tumpah. Kini sahabatnya menanggung hukuman pada sesuatu yang dia sendiri tidak tahu dia telah lakukan. Hamizan terduduk, manakala Lukman sekadar memerhati kelakuannya.
Lukman nengalihkan pandangannya pada Fiqo. Fiqo antara pembeli setia majalah Solusi yang dijualnya. Saat melihat Fiqo yang terbaring, hatinya luluh. Fiqo terkenal dengan sikapnya yang outspoken dan agak periang, dan kini dia terlantar tak bersuara. Meski pun kadangkala Fiqo bersikap annoying,tetapi itu pula kualiti yang menjadikan dia dan sahabat lain terasa akan kehilangannya. Lukman melihat pula keluar. Awan mendung seakan-akan menyertai redup hatinya tika itu. 

Sunyi, sehingga Hamizan memecah suasana. 

“Lukman, aku rasa aku tahu siapa dalang semua ni,”

bersambung....

Followers

Jeritan Hati

Dalam kesamaran mencari tinta iman yang semakin hilang,
terdampar aku dek pukulan ombak kekeliruan..
Oh..semakin aku melawan, semakin aku ditimpa kekalahan..
Semakin aku mengalah, semakin kuat jiwaku menyerang..

Blog Archive

Labels

Blog Archive