Fiqo' Naim Al-Mujahid

Tinta Jeritan Hati...

Iqbal menanti dengan penuh debar. Hazim kelihatan sugul. Sesalnya masih tidak putus setelah bergurau tentang keadaan Fiqo semasa Iqbal memberitahunya. Alif duduk dian. Lantai dipandangnya penuh khusyuk, bagaikan ada sesuatu di situ. 

“Ha? Fiqo kat hospital? Ala ko ni. Biasalah tu dia pergi hospital.”

“Bukan Hazim. Hang ni. DIa kritikal tau tak?”

“Owh2.. panggillah tok bomoh ke.. tak pun kita bawak TV3 datang. Famouslah kita. Hehe”

“Sempat lagi hang nak gurau. Hang datang Hospital Batu Gajah baru hang tau keadaan sebenar.”

Hazim mengeluh panjang. Gurauannya tadi benar-benar melampau. Dia merasakan seolah-olah mendoakan kecelakaan bagi Fiqo. Kepalanya digeleng. Sesal. 

Hamizan baru sahaja tiba. Kelibat Iqbal langsung tidak dipedulikannya. Dia segera mendapatkan Hazim dan Alif. Penjelasan dituntutnya. Lukman yang mengekori dari belakang singgah di tempat Iqbal berdiri. Seperti Hazim, Iqbal juga kelihatan sugul. 

“Macam mana boleh jadi sampai macam ni Iqbal? Apa sebenarnya yang dah jadi?”
Iqbal diam. Dia bingung. Entah yang mana-mana sahaja sudut penceritaan yang harus disuarakan. Tetapi yang pasti, Fiqo sedang bertarung nyawa. 

Lukman tidak menyambung persoalan. Bingung dan resah Iqbal jelas terpancar dari kerut dahinya. Dia tidak mahu menambah beban fikiran Iqbal. Belakang Iqbal diusapnya, berharap agar ada ketenangan dari sentuhan seorang sahabat itu. 

Lebat hujan menambahkan lagi suasana hambar di hospital itu. Sudah masuk 3 jam mereka menanti namun masih belum ada berita daripada unit rawatan rapi. Hamizan sedikit hairan dengan perkara yang sudah berlaku. Seakan-akan tidak logik hanya kerana seteguk air minuman Fiqo dirawat begitu lama. Tambah lagi, minuman itu bukan milik Fiqo, dan syaknya tidak lain, pasti milik Iqbal. Hamizan mencongak, tetapi akal warasnya memberitahunya bahawa tomahannya itu tidak berasas. 

“Aku tahu Iqbal tu bersikap kurang baik, tetapi takkanlah sampai nak …” Hamizan bermonolog sendiri ketika melangkah ke tandas. Wajahnya dibasuh. Hamizan memandang cermin. Senyap. 

Fikirannya menerawang jauh. Sememangnya terlalu banyak perlakuan khianat Iqbal, atau sekurang-kurangnya dia yang berfikir sedemikian. Mungkin kerana dengki atau pun tidak puas hati, sememangnya Iqbal seakan-akan tidak mampu duduk diam melihat dirinya tidak ditmpa masalah. Wajahnya dibasuh lagi. Seakan-akan ada bisikan yang menuduh Iqbal sebagai punca kepada segala-galanya. 

“Fiqo keracunan. Tapi bukan keracunan biasa. Tadi aku singgah nak ambil nota aku yang dia pinjam semalam. Aku ketuk pintu tak ada jawapan. Aku ingat dia tidur. Lepas maghrib aku datang balik. Masa tu aku memang tak sedap hati. Pintu bilik pun tak berkunci. Jarang dia buat macan tu,”

Lukman menemani Iqbal di surau Hospital Batu Gajah. Usai solat maghrib berjemaah Iqbal segera mendapatkan senaskhah Yasin lalu membacanya dengan nada perlahan. Lukman juga turut membaca. Alif dan Hazim keluar menunggu semula di hadapan unit rawatan rapi. Menunggu berita. Sekurang-kurangnya berita baik. 

Keadaan surau itu sunyi. Hanya suara kecil Iqbal dan Lukman sahaja kedengaran ketika itu. Lukman masih terkejut dengan peristiwa hari ini. Apatah lagi semua mata seakan-akan memandang Iqbal sebagai dalang kepada semua kejadian, Lukman berasa tidak senang. Selagi empunya badan belum bersuara dan membuat pengakuan, selagi itu segala persangkaan dibiarkan terpendam. Lukman mengambil sangka baik untuk dijadikan sandarannya sekarang. 

Alif tidak senang duduk. Sekejap berdiri, sekejap kemudian mundar mandir di koridor hadapan unit rawatan rapi. Hazim masih kelihatan sugul. Masih menyalahkan dirinya atas gurauannya petang tadi. 

“Sudah-sudahlah tu Hazim. Hang nak salahkan diri buat apa? Hang bergurau je pun, bukannya org yang bertanggungjawab pada semua ni. Kita tawakkal, insyaAllah hanya yang Allah rasakan terbaik untuk kita semua saja yang akan terjadi.” Alif cuba menenangkan Hazim. 

Hazim sekadar mengangguk. Sedikit sebanyak kata-kata Alif tembus ke hatinya. Lega, walaupun hanya sedikit. Hazim masih tidak percaya Fiqo sedang bertarung nyawa sedangkan baru sahaja sehari lepas dia bergurau senda dengannya. Kali ini, Hazim pula yang memandang lantai tanpa suara. 

Bersambung....

0 comments:

Followers

Jeritan Hati

Dalam kesamaran mencari tinta iman yang semakin hilang,
terdampar aku dek pukulan ombak kekeliruan..
Oh..semakin aku melawan, semakin aku ditimpa kekalahan..
Semakin aku mengalah, semakin kuat jiwaku menyerang..

Blog Archive

Labels

Blog Archive