Hari ni akan genap seminggu aku berada sekali lagi di bumi asing semenanjung Malaysia ini. Benar, sebelum ini aku sangat tidak sabar mahu kembali ke sini, untuk kembali pada dunia sibukku yang seakan-akan tidak memberi peluang untuk aku berfikir yang sedih2..atau terkenang2.. sedangkan pada ketika cutiku yang panjang, hampir setiap kali sahaja air mata ini berlinangan. Entah apa2 ja yang difikirkan.
Bermula daripada mengatur jadual sampailah menjad 'chef' untuk makan malam, aku harus akui bahawa aku suka kehidupan begini..Sibuk dan kurang berfikir akan duniaku yang sering tenggelam dalam melankolik jiwa yang bagaikan tiada hentinya. satu persatu watak2 yang wujud dalam hidupku, yang sering aku jadikan asbab untu ketawa dan mengisi rasa yang aku hilang, begitu sahaja lesap dari pandangan dan hubungan.
Tetapi bukankah telah dinyatakan, bahawa tidak ada sesuatu pun yang akan kekal melainkan Allah?
Atas sedar pada hakikat itulah aku kini membalik-balikkan sahaja kenangan yang ada. Sekadar untuk aku lihat2 dan intai dari kejauhan, bukan untuk aku selami dan fikir secara mendalam. Kenangan itu hanya kenangan, tetapi aku ada kehidupan yang aku perlu hadapi sebagai manusia, bukan angan2...
Hati yang kosong harus diisi dengan sesuatu, dan akan terisi dengan sesuatu jika dibiarkan sahaja. Sesuatu itu pula bersifat abstrak dan sukar dilihat, malahan mustahil untuk dilihat dan dinilai, melainkan kesannya terzahir pada sikap dan perlakuan. Umpama gelas, jika kosong molekul udara akan masuk, debu akan berkerumun pada permukaan gelas itu, tetapi jika diisi dengan air, maka kurang ruang untuk anasir lain untuk masuk ke dalamnya..
maka begitu juga hati. Jika diisikan dengan sesuatu maka akan kurang pula peluang untuk sesuatu yang lain untuk mencuba2 masuk ke dalamnya.
Dan zikir adalah pengisian terbaik untukknya..
zikir menghidupkan manusia pada pandangan Allah, yang menjadikan kita bernilai sebgai seorang hamba dan ciptaan kepada suatu Dzat yang bernama Allah, pemerintah segala raja.
org yang kurang berzikir, maka darjatnya begitu rendah pada pandangan Allah.
Kaitan?
Pengisian zikir pada kekosongan hatiku adalah jawapan yang terbaik. zikir menjadi hubungan cinta aku dengan penciptaku, yang membuat aku hanyut dalam aduanku padaNya, dan tiap lafaz itu kurasa umpama aku sedang merintih pada si Dia, yang tidak pernah meninggalkan aku sendirian.
Benar,...terasa begitu kosong setiap kali aku tinggalkan tasbih untuk kuhitung2 tiap butir biji tasbih itu.. tidak hairan kenapa Rasulullah memberitahu bahawa zikrullah menyukakan Allah..
Dan pasti sahaja indah apabila mampu membuat Allah suka..
Sangkut paut zikir pada kehidupan bukan hanya untuk menenangkan jiwa, bahkan menjadikan zikir sebagai lafaz adalah kebahagiaan, memandangkan kebiasaan berzikir mampu menjadi asbab untuk ke syurga..
Mengapa?
apabila lidah sudah begitu biasa menybut Allah, maka sudah tentu di akhir lafaz hidupnya nnti akan terlafaz kalimah Allah jua.
Sedangkan andai kalimah akhir seblum meninggal adalah mengaku pada keEsaan Allah, maka WAJIB syurga untuknya...
Oh benar.. zikir bukan hanya pada lafaznya, tetapi dihayati hingga pada kesan dan pelaksaannya.. sudah pasti dalam berzikir harus ada tawadhuk dan khusyuk, supaya hati benar2 terpaut pada tiap lafaz yang membasahi permukaan lidah, hingga air mata membasahi permukaan pipi pula..
....insyaAllah..lain kali kita berbual lagi...
Posted by
KiTa_KaWaN
1 comments:
bila hati mula berbicara........
Post a Comment