lama benar aku biarkan blog ini kosong tiada pengisian.. Rasulullah pesan, kalau tiada apa2 nak dibicarakan, lebih baik berdiam.
Bukan.. aku bukan berundur dari dunia penulisan, aku sekadar berehat sejenak, merenung jauh ke dalam diri.
InsyaAllah Jun ini akan tamatlah tempoh aku bergelar remaja, dan beralih pula kepada zaman BELIA, bilamana segalanya akan menjadi bertambah2 sukar, tetapi liku2 kehidupan pula akan terus dikenali.
Menginjak pada usia 20 ini, semakin aku berfikir akan masa lampau yang kadangkala pada hematku begitu lucu. Apatah lagi tahun 2010, bagiku antara tahun yang paling bermakna, kerana di situ aku bertemu dan mengalami pelbagai peristiwa yng memaksa aku untuk --->> berfikir sejenak.
Betapa sebelum ni banyak perkara yang aku sia2kan, dan banyak perkara yang aku tinggal2kan.
Dan aku percaya, andai kita memberi waktu sejenak dan ruang untuk diri sendiri, membuat refleksi dan penilaian, kita akan temui satu bentuk ketenangan yang tak dapat kita gambarkan.. dengan syarat, saat bersendiri itu ditemani dengan iman dan doa.. supaya bukan bisikan syaitan pula yang menjelma.
Persangkaan kita akan menjadi realiti, walaupun pada hakikatnya kedengaran mcam tak betul, but yes... memang persangkaan kita pada tiap2 perkara akan menjadi realiti.
Atas sbb itu dalam agama diajarkan akan kebergantungan kepada Allah, sebagai pencipta dan yang berkuasa atas segalanya.. sbb andai kita biarkan hidup kita diatur oleh perancangan sendiri, tanpa bersandar pada pemerhatian dan bimbingan Ilahi, pasti ada sahaja yang tidak kena..
entah berapa ramai yg mahu berubah tetapi semakin teruk jadinya..
mungkin lupa pada asas utama, dan terlalu yakin dengan usaha sendiri untuk berubah menjadi lebih baik.
sesekali tatkala duduk mengadap tingkap, lalu terlihat pada pohon2 yang segar bugar..(kalau di utp la..di rumah nmpak lautan je).. akan terfikir jugak..bagaimana kiranya sepohon pokok kelapa, yang batangnya keras tidak berair, tetapi buahnya mengandungi air, sedangkan pada prinsip sains, stiap perkara perlu bersandar pada asbab dan musabab (sama mcm sejarah), inferens dan hipotesis, sekiranya ada air, maka sepatutnya ada punca bekalannya..
tetapi tidak pula kelihatan mana2 paip yang bersambung pada pohon kelapa itu..
tetpi semua itu amat mudah bagi Allah...
cukup smpai sini dulu untuk kali ini..insyaAllah akan disambungkan kemudian, bila2 masa ada lagi ilham yang membina...
0 comments:
Post a Comment