Tak siapa pernah nafi
tiada pula menidakkan
betapa sukarnya menjadi pejuang
lelah sakit ditanggung seorang
Oh menjadi pejuang
korban hati
korban perasaan
anak isteri ditnggal-tinggalkan
4 purnama tidak kelihatan
sesekali berdebar
takut insan tersayang tak pulang-pulang
oh menjadi pejuang
cabarannya bukan kepalang
perit jiwa
perit perasaan
rindu tertanggung tak perlu dibicarakan
cuba tanya pada diri
apa perasaan meninggalkan yang tersayang?
oh menjadi pejuang
tiap perkataannya jadi perhatian
mana2 yang tidak diamalnya menjadi persoalan
oh pejuang
saat menitik air matamu
seluruh alam bergegar
tiap helaian rumput hijau berzikir panjang
mengiringi tangisan
saat kau hiba memikirkan umat akhir zaman
oh menjadi pejuang
pada hakikatnya
sama jiwa
sama perasaan
dia juga seperti yang lain
ingin bersuka
ingin bersenang
sesekali terasa penat
lantas terasa hilang semua kudrat
ingin sahaja semua usaha dilipat
tinggal duduk
menanti gelap
oh pejuang
pada senyumnya tersimpan rahsia
pada diamnya ada hikmah
dia juga manusia
sesekali tersungkur
segera pula ditomah
oh pejuang!
kekallah kamu berdiri tegak
kerana yang menilaimu nanti ada Dia
yang memegang hati kita semua
Oh pejuang
satu ketika
pasti yang kau korban terbalas jua
jgn diharap pada dunia
kerana dunia ini tmpat yang seksa
tiada yang kekal, dan semua akan musnah...
Oh pejuang.. tetap kau di sana....
0 comments:
Post a Comment