Fiqo' Naim Al-Mujahid

Tinta Jeritan Hati...

Lama benar kiranya aku biarkan laman ini kosong..
sama seperti ruang kecil hati yang terbiar
usang ..
andai kiranya hati ini seperti perabot,
maka nampaklah segala sawang
di sana sini

kiranya pada awal pagi ini madah yang keluar tidaklah begitu bermakna untuk sesiapa
tetapi dek kerana hati yang melonjak inginkan bicara
maka jari-jemari rancak bermain atas papan kekunci
meluah rasa yang terbuku lama
mengatur kata mengolah bicara..satu persatu dicanang

menghitung detik waktu
aku kagum..
masih lagi diberi waktu untuk bernafas
dan trus menerus menikmati udara segar pagi di bumi Allah ini

kerana hakikat manusia dan makhluk itu adalah MATI

dan hakikat itulah yang sebenarnya menjadikan kita NORMAL
bukanlah normal kalau dipandang lelaki itu merokok, barulah nampak KEJANTANANNYA
atau pada wanita yang bersolek, baru terserlah KEJELITAANNYA
atau pada pasangan yang berdating, baru terbukti CINTANYA
tetapi yang menjadikan kita normal dan bernama manusia
adalah hakikat pada penghujung penciptaan kita, yakni kembali pada sang pencipta

pada setiap sesuatu di dunia ini ada penghujungnya
malam, hujungnya siang, dan siang penghujungnya pula malam
dalam process tindak balas kimia, tidak dinafikan ada proses menuju infiniti
tetapi tetap ada pengakhiran pada tiap tindak balas kecil yang berlaku
cuma kerana berulang-ulang, maka kelihatan umpama tidak berhenti di mana2..

dan semalam pula perhentiannya adalah hari ini...
dan hari ini merupakan permulaan untuk hari esok...

sejenak merenung
teringat pada bicara seorang alim
Imam Al-ghazali namanya....

katanya, anggaplah hari semalam kita sudah mati dan pagi ini pula sebenanrnya kita dibangkitkan kembali untuk memperbetul segala kesilapan yang terjadi semalam.

pada katanya itu terkandung hikmah,,,,yang gagal diaplikasi.

benar...setiap hari adalah percaturan baharu dalam hidup, dan tidak ada sesiapa pula yang dirugikan.

cuma, dek kerana keadaan manusia itu berbeza-beza, maka tiap satu daripdanya juga ada kelonggaran dalam membaiki kesilapannya..

tiap insan diberi 24 jam sehari untuk dimanfaatkan. 7hari dalam seminggu. Tidak ada satu pun yang dirugikan.
Tiada yang diberi kurang sejam untuk bernafas. Tiada yang dikurangkan sehari untuk melihat alam. Cuma, dek kerana port-folio dalam memgang jawatan khalifah di muka bumi ini,
cara kita mengabdikan diri pada yang Maha Esa berlainan, cuma tetap mempunyai matlamat yang sama.

Berulang-ulang begitulah saban hari. Hari ini dan semalam, andai tiada beza, rugilah kiranya. Hendak kiranya dijadikan hari ini yang sebenarnya merupakan hari baharu untuk dimanfaatkan, untuk hati dididik dan dijernihkan.

"ada seketul daging dalam tubuh manusia, andai baik daging itu, maka baiklah ia, andai buruk, maka buruklah ia (manusia), dan ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah HATI" -hadis (lebih kurang maksudnya.

maka mulakanlah untuk kerap dan acapkali mempersoal diri. Bagaimana kiranya untuk menjadikan hari ini lebih hebat daripada semalam...

azam untuk khuruj lagi dan lagi, supaya agama ini dapat difahami lagi dan lagi.
jgn berhenti mengenal Allah dan jangan berhenti mencari identiti diri....
kerana identiti kita adalah hamba, yang telah tertulis kewajipan dan keperluan kehidupannya..

Allah berkuasa, makhluk tiada apa2.....

wallahu'alam..

0 comments:

Followers

Jeritan Hati

Dalam kesamaran mencari tinta iman yang semakin hilang,
terdampar aku dek pukulan ombak kekeliruan..
Oh..semakin aku melawan, semakin aku ditimpa kekalahan..
Semakin aku mengalah, semakin kuat jiwaku menyerang..

Blog Archive

Labels

Blog Archive