Fiqo' Naim Al-Mujahid

Tinta Jeritan Hati...


Kumulakan dengan lafaz biasa yang mempunyai kesan luar biasa 

"Bismillah" 
Lantas bergetar tubuh. Seluruh saraf terasa akan kebesaran nama yang disebut. Tubuh terasa longlai dek kerana merasakan kerdilnya diri berbanding nama yang dipuji. 

"Bismillah"
Termula akan tiap hari dengan lafaz mulia memuji pencipta bernama ALLAH. Berharap pada tiap langkah ada samudera iman yang akan menghempas pantai hati, lalu membawa pergi segala kotor yang singgah di permukaannya, terus dari aliran deras air mata saat tangan ditadah memohon doa..

"Bismillah"
Terungkap tiap bicara dengan lafaz ini sebagai permulaannya. Berharap pada tiap yang keluar daripada lidah adalah manfaat, lantas yang mendengar mampu faham, mendengar dengan penuh khusyuk dan redha pada tiap yang didengarnya. Lalu menusuk ke kalbunya, terus ke pangkal hati, menurut tanpa terpaksa, pada hukum dan perintah sang Ilahi. 

"Bismillah"
Lafaz bicara itu kedengaran mudah. Namun bukan sedikit jua yang melalaikannya. Sedikit cuma air liur yang terkeluar dan terguna. Tak luak dari bicara sia2 yang sering terluah dari mulut yang diatur oleh lidah. Lafaz yang jarang sekali didengar saat si hambar memulakan perkerjaannya.. Kecuali yang benar yakin bahawa Sang Pencipta ada bersamanya. 

Begitu. Luahan sejenak hati yang kian lara memikirkan hari esok. Entah mata yang terpejam malam ini akan terbuka lagikah pada esoknya. Entah nafas ini akan ada lagikah hembusannya. Entah...semua menjadi persoalan sahaja tanpa ada sesiapa pun yang mampu menjawbnya...

kerana itu rahsia Si Pencipta dan Penguasa..

Lantas dek mgnetahui hari esok belum tentu milikku, lantas terpancar pada tiap ruang2 udara akan nikmat yang tersia dan tersisa hari ini. Belum puas dirungkai rahsia alam ini...belum jua tertunai akan segala hasrat dan belum terungkai semua dilema. Namun itu belum menjaminku untuk bangkit lagi pada hari esok.......

Tahu bahawa hari esok belum tentu darah ini mengalir lagi. Belum tentu jantung ini akan terus mengepam haemoglobin ke seluruh anggota yang tersusun rapi dalam kompleksiti tubuh yang Allah ciptakan ini. Namun masih, seketul daging bernama hati, belum jua bersih. 

dan anggota itu pula yang menentukan hala tuju hidupku...

sejenak terlintas pada fikiran yang seringkali menerawang. Rugi..Rugi melupakan segala kebaikan. Sedangkan zikir menghidupkan jasad yang hina atas dunia penuh penipuan. Zikir menghidupkan jiwa di sisi Allah tuhan sekalian alam...sedang yg lupa, umpama mati pada Dzat yang berkuasa pada penciptaan...

Lupa. Esok belum tentu dimiliki. Namun masih lagi mencintai dunia yang pasti ditinggalkan nnti. 
Lupa.. Bahawa andai dunia ini berat setimpal sebelah kepak si nyamuk, pasti haram diberi setitik air pada si kafir. 
Lupa..bahawa dunia ini hina umpama bangkai unta...

Esok. Matahari akan kekal terbit. 
Esok. Air akan kekal mengalir.
Esok. Dunia akan terus bergerak.
Esok.. segalanya akan terus sperti biasa...

itu yang pasti.

Cuma...esok belum tentu jasad ini masih berdiiri....

0 comments:

Followers

Jeritan Hati

Dalam kesamaran mencari tinta iman yang semakin hilang,
terdampar aku dek pukulan ombak kekeliruan..
Oh..semakin aku melawan, semakin aku ditimpa kekalahan..
Semakin aku mengalah, semakin kuat jiwaku menyerang..

Blog Archive

Labels

Blog Archive